Sunday 30 December 2012

Tips untuk menulis ringkasan Bahasa Melayu



hari nie rase rajin laa pula nak kongsikan tips tips utk menjawab soalan peperiksaan..Ini pon untuk kesenangan anda semua dan aku sendiri..so sudi sudi laa bace  ape yang mirun tuliss...ceck it out :)

> Memahami Petikan dan Kehendak soalan ..

1. Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah membaca keseluruhan petikan dan fahami maksud  
    keseluruhan petikan tersebut

2. Cari penanda tugasan,iaitu kata kunci yang dinyatakan dalam arahan soalan ..

3. Seterusnya,kenal pasti fokus soalan sama ada langkah,punca,kesan,faktor-faktor,sebab dan
    sebagainya

4. Tandakan penanda tugasan dan fokus soalan menggarisinya supaya tumpuan anda selaras dengan
    kehendak soalan tersebut..

5. Jangan lupa untuk menggarisi jumlah patah perkataan yang ditetapkan  untuk mengingatkan anda akan had bilangan perkataan yang ditetapkan adalah sebanyak tidak melebihi 80 perkataan keatas ..


> Menulis Ringkasan

1. Penulisan ringkasan bermula dengan mengenal pasti isi-isi penting yang menepati kehendak soalan..

2. Tandakan isi-isi peenting dalam petikan tersebut dan menggarisinya..

3. Berdasaran isi-isi penting tersebut,binalah ayat anda sendiri..

4. Seharusnya,setiap isi penting itu ditulis dalam satu ayat sahaja..

5. Oleh sebab penulisan ringkasan terikat dengan bilangan patah perkataannya,maka ayat-ayat yang
    digunakan semestinya ringkas,tepat dan padat ..

6.Gabungan pemilihan kata yang tepat,ejaan dan tanda wacana yang sesuai akan menghasilan penulisan ringkasan yang cemerlang

Okk....itu saje yang Mirun hendak kongsikan untuk korang tentang cara cara utk menulis ringkasan..ok laa..skarang dh penat menulis..nak keluar kejap..nak bersiar siar..makan anging with my friends

3 comments:

  1. come from Kelab Blogger on fb and done follow your blog.. i'm so glad if u can followback like your promise earlier ;)

    ReplyDelete
  2. salam...blog org kg follow awak..tq

    ReplyDelete